Abdul Raafidin Majidi adalah calon PSB bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Semop, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Pada 4 Mei 2020 beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Sibu yang telah disandang daripada tahun 2014 berkuat kuasa dengan serta-merta.
Beliau juga bekas Ketua AMK Sarawak pernah memfailkan bantahan rasmi dengan bukti mengenai pemilihan Haziq Abdullah Abdul Aziz selaku Ketua AMK Cabang Santubong selepas didakwa membuat pengakuan jenayah yang menggemparkan negara apabila mendakwa video seks songsang membabitkan dirinya dengan seorang menteri.
Dalam pada itu, Abdul Raafidin kini dilantik sebagai Koordinator Pemuda Negara Sarawak pada Mei 2020.
Abdul Raafidin juga seorang peguam Muda mempunyai firma guaman sendiri di Sibu.