Jemat Panjang merupakan seorang ahli perniagaan pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Sibuti selain bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.
Beliau mewakili Parti Keadilan Rakyat di bawah gabungan Parti Harapan.
Namun ketika bertanding di Parlimen Sibuti, P218, beliau bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) apabila Lukanisman Awang Sauni menang mudah dalam merebut kerusi Parlimen Sibuti.
Lukanisman menang dengan mendapat 12,214 undian menewaskan Jemat yang mendapat 8,538 undi.
BN menang dengan memperolehi majoriti sebanyak 3,676. Turut bertanding, Zulaihi Bakar@Anai Zulai dari Pas dengan 1,617 undian.