Dr Michael Teo Yu Keng merupakan Ahli Parlimen Miri merangkap Naib Presiden Keadilan Sabah dan Sarawak.
Menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Sarawak pada 1999, beliau bergiat aktif dalam dunia politik dan penyandang kerusi Parlimen Miri sejak 2013 hingga kini.
Michael memasuki arena politik sebagai salah satu ahli perintis cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1999.
Beliau mula bertanding dalam pemilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2001 bagi kerusi Senadin menentang penyandangnya, Lee Kim Shin dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Pada Mac 2008, Michael bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008, bagi kerusi Parlimen Sibuti namun tewas ketika menentang Ahmad Lai Bujang dari Parti Warisan Bumiputera Bersatu (PBB).
Satu dekad setelah pertama kali bertanding untuk kerusi DUN Senadin, Michael memasuki PRN Sarawak 2011 sebagai calon kerusi yang sama, sekali lagi bertanding melawan penyandang tiga penggal iaitu Kim Shin bagaimanapun tewas.
Pada PRU Ke-14, Michael menentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Sebastian Ting Chiew Yew yang meraih 22,076 undi.
Beliau memperoleh kelebihan undi sebanyak 13,663.
Pada bulan Jun 2020, Michael dilantik oleh Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai naib presiden PKR (mewakili Sabah dan Sarawak).