Chen adalah ahli PKR dan pernah bertanding di DUN N50 Machan Sarawak. Pengarah PRN PKR Sarawak, See Chee How berkata, pemilihan Chen telah dilakukan secara teliti, berdasarkan kemampuannya memberikan khidmat cemerlang kepada rakyat.
Chen, 53, lulusan Pengurusan dan Perdagangan daripada Lincoln University dan pemegang sarjana Curtin University, merupakan pensyarah di Open Universiti dan program berkembar UCSI.
Menurutnya, Chen telah berkhidmat di Machan sejak dua tahun lalu dan telah bersiap sedia dalam menghadapi cabaran PRN.
Chen kini tidak lagi bertanding mewakili PKR untuk Pru15, tetapi beliau akan memegang tiket pencalonan bebas di Parlimen P210 Kanowit, Sarawak.