Baru Bian secara rasmi telah menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang merupakan parti pembangkang di negeri Sarawak pada 30 Mei lalu.
PSB diasaskan pada tahun 2014 apabila berlaku kemelut dengan parti SUPP. Kini PSB mempunyai 2 wakil rakyat di Parlimen iaitu beliau dan Ahli Parlimen Serian.
Baru Bian juga adalah bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia.
Sejarah perjalanan politiknya, beliau pernah menjadi ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada tahun 1987 sehingga 2003, kemudian lompat parti kepada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 2006 sehingga 2008.
Setelah itu, beliau memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008 sehingga 2020 sebelum bertukar arah kepada Parti Sarawak Bersatu sehingga kini.
Beliau berketurunan Lun Bawang yang pertama dalam seluruh sejarah Malaysia dilantik sebagai seorang menteri.
Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi Selangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Ba'kelalan, Sarawak.
Pada peringkat akar umbi, beliau merupakan bekas pengerusi PKR Sarawak.
Berjaya meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) di Parlimen Selangau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 adalah satu kejayaan besar kepada Baru Bian.
Sebagai muka baharu di kawasan itu dengan jumlah majoriti hanya 486, pertemuan satu lawan satu dengan calon BN, Rita Sarimah Patrick Insol bukanlah satu laluan mudah.
Pada PRU Ke-14, Baru Bian bertanding mewakili Pakatan Harapan mendapat 11,228 undian manakala Rita 10,742 undian.
Pada Pru15, Kerusi Parlimen Lawas menyaksikan pertembungan hebat tiga penjuru melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Henry Sum Agong, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian dan Pakatan Harapan (PH) Japar Suyut.