Abdul Jalil Bujang, 61, dari Bintulu bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-10 di DUN Jepak dan tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Talib Zulpilip yang mendapat 5,470 undi manakala Abdul Jalil mendapat 2,342 undi.
Kemudian pada PRN Sarawak Ke-11, beliau tewas juga ditangan penyandang Talib setelah memperolehi 2,141 undi.
Berbangsa Melanau Muslim, beliau yang pernah bekerja di Sarawak Shell Berhad, Sarawak Pulp Industries, Malaysia LNG Sdn Bhd dan Science Tech Solutions Sdn Bhd, kini bekerja sendiri sebagai usahawan.
Abdul Jalil memegang jawatan setiausaha PKR Cabang Bintulu dan ketua ranting Jepak turut menjadi pengerusi HIKMAH Bahagian Bintulu, ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Sarawak, bekas Naib Yang Dipertua HIKMAH dan ahli jawatankuasa Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak .
Selain itu, beliau terlibat dalam penubuhan Tadika Islam di Bintulu, Tadika AnNur, Tadika HIKMAH Bintulu, Tadika HIKMAH Sebauh, Tadika Bestari Kampung Baru Bintulu, Brilliant Kindy, Institut Tahfiz Bintulu, Madrasah Al Quran Bintulu dan Sekolah Rendah Majlis Islam Bintulu.
Abdul Jalil merupakan bekas Naib Yang Dipertua HIKMAH, Imam Surau Loji MLNG, ahli Jawatankuasa Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu, Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Bintulu, Pengerusi Surau Darul Taqwa, Kampung Sebiew Bintulu dan pengasas Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Bintulu.
Pada Pru15, Pertandingan 1 Penjuru akan berlangsung dimana Abdul Jalil Bujang (PH) dan Hanifah Hajar Taib (GPS) akan bertanding di parlimen P213 Mukah, Sarawak.