Christina Liew Chin Jin adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ahli Dewan Negeri (DUN) Sabah dan mewakili DUN Api Api.
Beliau juga merupakan Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah.
Christina atau Liew Chin Jin dilahirkan di Hong Kong British. Ibu bapanya meupakn Cina Hakka yang berhijrah ke Tawau di bawah Jajahan Mahkota Borneo Utara. Beliau berkahwin dengan orang Indonesia berketurunan Hokkien yang berhijrah ke Amerika Syarikat dan sering merantau.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018, partinya meletakkannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Tawau berhadapan dengan calon lawan dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Yap Kain Ching.
Beliau menang dan menjadi Anggota Parlimen (MP) Tawau yang baru.
Beliau juga dilantik sebagai salah seorang Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan Negeri untuk Sabah berikutan kemenangan Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan gabungan PH DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan negeri yang baru, menjadi wanita kedua dalam sejarah Sabah menjadi Timbalan Ketua Menteri serta wanita Cina pertama yang memegang jawatan tersebut.