ABD KADIR SAINUDIN

Datuk Abdul Kadir Sainudin merupakan calon BEBAS bertanding bagi kerusi Parlimen P4-LANGKAWI pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ini merupakan percubaan ketiga beliau selepas kali pertama bertanding dalam PRU13 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili yang terletak dalam parlimen Kota Tinggi, Johor.

Dalam PRU13, beliau yang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Rasman Ithnain dengan majoriti 18,127 undi.

Dalam PRU14, beliau mengambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen P085 Pekan, Pahang.

Dalam pertandingan empat penjuru yang dimenangi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, Abdul Kadir memperolehi undi terendah iaitu sebanyak 206 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan

 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P85 Pekan
  • PRU15- P4 Langkawi

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P156 Kota Tinggi N36 Sedili