MD YSAHRUDIN KUSNI

Maklumat Diri
Asal
Batu Pahat, Johor
Pasangan
Azlinah Kasmin
Anak
ohd Azam, Mohd Akimi, Nurul Ain dan Aleesya. 

Berkelulusan Diploma Profesional Politik dan Tadbir Urus dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Johor, Md Ysahrudin Kusni merupakan Ketua Penerangan Keadilan (PKR) Johor.

Menyentuh hal politik,  beliau bermula sebagai Ahli jawatankuasa (AJK) PKR pada tahun 2004 dan dilantik sebagai Setiausaha PKR Parit Sulong setelah tujuh tahun.

Berusia 41 tahun, beliau telah diamanahkan memegang jawatan Timbalan Ketua PKR Bakri selama dua tahun sebelum dilantik sebagai Ketua PKR di kawasan tersebut (2020 hingga kini).

Md Ysahrudin merupakan bekas Ahli Lembaga Majlis Sukan Johor (2018 hingga 2020) dan Ahli Lembaga Perpustakaan Awam (2018 hingga 2020).

Beliau juga merupakan ahli perniagaan dalam bidang pertanian.

Anak jati Batu Pahat ini mendirikan rumah tangga bersama Azlinah Kasmin.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Azam, Mohd Akimi, Nurul Ain dan Aleesya. 

Pada masa lapang, beliau gemar bersukan sebagai salah satu hobinya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14), beliau berjaya membawa  kemenangan kepada mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan mendapat 7,280 undian ketika menentang Hassan Johari daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 5,728 undi. Majoriti undi sebanyak 1,552.

Turut bertanding ketika itu Azman Ibrahim daripada Pas (1,677) dan Jeganathan Subramaniam daripada parti Bebas (364).

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Bukit Naning (09.05.2018 hingga kini)
  • Ahli Perniagaan Pertanian (2007 hingga kini)

Lantikan jawatan GLC dan agensi:

  • Ahli Lembaga Majlis Sukan Johor (2018-2020) 
  • Ahli Lembaga Perpustakaan Awam (2018-2020).

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan PKR Johor
  • Ketua PKR Bakri (2020 hingga kini)
  • Timbalan Ketua PKR Bakri (2018-2020)
  • Setiausaha PKR Parit Sulong (2011-2018)
  • AJK PKR Bakri (2004-2011)
Pendidikan:
  • Diploma Profesional Politik dan Tadbir Urus UTM
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Keadilan Rakyat
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P147 Parit Sulong N17 Semerah
  • PRU14- P145 Bakri N14 Bukit Naning
  • PRN DUN Johor- P145 Bakri N14 Bukit Naning

Artikel Berkaitan MD YSAHRUDIN KUSNI

Video Berkaitan MD YSAHRUDIN KUSNI