RUSNAH ALUAI

Memiliki kemahiran pengucapan awam dan kemahiran berkomunikasi dengan baik antara kelebihan buat Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, Rusnah Aluai menawan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada PRU14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 32,420 undian ketika menentang Zali Mat Yasin daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 27,761 undi.

Pertembungan tiga penjuru itu memperoleh majoriti undi sebanyak 4,659.

Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Pemangku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka selama empat bulan pada 2002.

Anak jati Melaka ini mendapat pendidikan Sarjana Undang-undang di London's School of Economics and Political Science.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Tangga Batu (2018 hingga kini)
  • Pensyarah Undang-undang IPT 
  • Koordinator Unit Kepimpinan dan Kualiti Staf Akademik [ILQAM] (2008-2010)
  • Pemangku Timbalan Pengarah HEP UiTM Mela (2002)
  • Koordinator Undang-Undang UiTM Melaka (2000-2001)
  • Pengetua Kolej Kediaman Kolej Pengajian Persediaan UiTM Seksyen 18, Shah Alam (1993-1996)
Pendidikan:
  • Sarjana Undang-undang, London's School of Economics and Political Science (1993)
  • Sarjana Muda Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (1987)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P136 Tangga Batu
  • PRU15- P136 Tangga Batu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P135 Alor Gajah N6 Rembia

Artikel Berkaitan RUSNAH ALUAI

Video Berkaitan RUSNAH ALUAI