MOHAMED AZMIN ALI

Maklumat Diri
Asal
Singapura
Tarikh lahir
25/8/1964
Pasangan
Datin Seri Shamshida Taharin
Anak
6

Muhammad Azmin Ali merupakan calon PN bertanding bagi kerusi Parlimen P98(GOMBAK) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 10 Mac 2020.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dahulunya adalah ahli PKR, kini berubah angin memilih parti Bersatu. 

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, beliau pernah menjadi Timbalan Presiden PKR sehingga pemecatan beliau dari parti pada 2020. 

Di peringkat Selangor, beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Selcat dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua PKR Sabah, kemudian PKR Wilayah Persekutuan dan PKR Selangor.

Pada 23 September 2014, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Anak kelahiran Singapura yang membesar di Kuala Lumpur merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali.

Bapanya Ali dan ibunya Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. 

Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali (pelakon, pengacara) dan Arpah Ali (pakar motivasi). 

Azmin menerima pendidikan awalnya di Sekolah Gurney Road (2) Kuala Lumpur dari tahun 1971 hingga 1976. Selepas itu beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Setapak, Kuala Lumpur (1977-1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980-1981). 

Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Minnesota di Amerika Syarikat dan berjaya merangkul ijazah dalam bidang matematik dan ekonomi pada 1987. Selanjutnya beliau menyambung sarjana dalam pendidikan (matematik dan ekonomi) di universiti yang sama.

Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1987, Azmin dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim yang pada masa itu adalah Menteri Pendidikan. 

Beliau kemudian dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pendidikan dan sehinggalah pada masa Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Azmin mendirikan rumah tangga bersama Shamsidar Taharin pada 7 Ogos 1988 yang juga belajar di universiti yang sama di Amerika Syarikat. Pasangan ini mempunyai enam orang anak.

Beliau mula terlibat dalam politik pada sekitar 1987 apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr Mahathir meminta beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim.

Mahathir mengenali Azmin semasa beliau masih menuntut di Amerika Syarikat dan menjadi pemimpin pelajar di sana. 

Hubungan baik kedua-duanya bagaimana pun tidak berkekalan apabila Anwar dipecat daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998. Azmin menyifatkan insiden pemecatan tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

Azmin memilih untuk bersama Anwar dan beliau antara ahli yang awal menganggotai Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke -14, Azmin daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 75,113 undian ketika menentang Abdul Rahim Pandak Kamarudin daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 26,392 undi dengan majoriti undi sebanyak 48,721.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) N18 Hulu Kelang pada PRN Selangor..

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Gombak (2008 hingga kini)
  • ADUN Bukit Antarabangsa (2008 hingga kini)
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi (2018-2020)
  • Menteri Besar Selangor (2014-2018)
  • EXCO Kewangan Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan komunikasi strategik Selangor (2014-2018) 
  • Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)
  • Pegawai khas Kementerian Pelajaran (1987-1993)

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (2010-2014)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengarah Pilihan Raya PN (2020 hingga kini)
  • Timbalan Presiden PKR (2010-2020)
  • Naib Presiden PKR (2003-2010)
Pendidikan:
  • Sarjana Pendidikan Matematik & Ekonomi, College of Science & Engineering, University of Minnesota, USA
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dan Ekonomi, College of Science & Engineering, University of Minnesota, USA
  • Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980-1981)
  • Sekolah Menengah Setapak, Kuala Lumpur (1977-1979)
  • Sekolah Gurney Road (2) Kuala Lumpur (1971-1976)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P98 Gombak
  • PRU13- P98 Gombak
  • PRU14- P98 Gombak
  • PRU15- P98 Gombak

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P99 Ampang N19 Bukit Antarabangsa
  • PRU13- P99 Ampang N19 Bukit Antarabangsa
  • PRU14- P99 Ampang N19 Bukit Antarabangsa
  • PRU PRN15- P98 Gombak N18 Hulu Kelang

Video Berkaitan MOHAMED AZMIN ALI