Amirudin Shari merupakan Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua selama tiga penggal.
Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi N16 Sungai Tua dalam PRN Selangor.
Pada 2018 Amirudin bertanding sebagai calon PH bagi kerusi Parlimen P98(GOMBAK) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Amirudin Shari
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 12729 undi
Bekas ADUN Batu Caves ini juga kini dilantik Ahli Lembaga Pengarah SDE Facilities Management Sdn Bhd dan Ahli Jemaah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor sejak 2017.
Amirudin kini merupakan Naib Presiden PKR dan diawal pembabitan dalam dunia politik berliau merupakan EXCO Angkatan Muda Keadilan (AMK). Beliau juga pernah menjadi Naib Ketua AMK pada 2007 hingga 2013 dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor selama setahun.
Bukan itu sahaja, beliau kini dilantik Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Sebelum menjawat jawatan Menteri Besar Selangor beliau merupakan EXCO Kerajaan negeri Selangor dan pernah memegang portfolio EXCO Perberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.
Pilihan Raya Umum Ke 14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 17,446 undian ketika menentang Rawisandran A/L Narayanan daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 6,072 undi dengan majoriti undi sebanyak 11,374.
https://www.facebook.com/amirudinbinshari