AMIRUDIN SHARI

Maklumat Diri
Asal
Pontian, Johor
Tarikh lahir
8/2/1980
Pasangan
Datin Seri Masdiana Muhamad
Anak
6

Amirudin Shari merupakan Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua selama tiga penggal.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi N16 Sungai Tua dalam PRN Selangor.

Pada 2018 Amirudin bertanding sebagai calon PH bagi kerusi Parlimen P98(GOMBAK) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Amirudin Shari

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 12729 undi

Bekas ADUN Batu Caves ini juga kini dilantik Ahli Lembaga Pengarah SDE Facilities Management Sdn Bhd dan Ahli Jemaah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor sejak 2017.

Amirudin kini merupakan Naib Presiden PKR dan diawal pembabitan dalam dunia politik berliau merupakan EXCO Angkatan Muda Keadilan (AMK). Beliau juga pernah menjadi Naib Ketua AMK pada 2007 hingga 2013 dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor selama setahun.

Bukan itu sahaja, beliau kini dilantik Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Sebelum menjawat jawatan Menteri Besar Selangor beliau merupakan EXCO Kerajaan negeri Selangor dan pernah memegang portfolio EXCO Perberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

Pilihan Raya Umum Ke 14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 17,446 undian ketika menentang Rawisandran A/L Narayanan daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 6,072 undi dengan majoriti undi sebanyak 11,374.

https://www.facebook.com/amirudinbinshari

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Gombak
  • Menteri Besar (2018 hingga kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sungai Tua (2008 hingga kini)
  • EXCO Perberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi (2008 hingga kini)
  • EXCO Perberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan (2014-2018)
  • Kordinator Institut Kajian Dasar
  • Pengurus pasukan Persatuan Bola Sepak Selangor (2015-2016)
  • Timbalan Naib Pengerusi Majlis Sukan Selangor (2008-2010)

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi:

  • Ahli Jemaah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (2017 hingga kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah SDE Facilities Management Sdn Bhd (2016 hingga kini)
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Darul Ehsan  Facilities Management Sdn Bhd (2009 hingga kini) 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (2018 hingga kini)
  • Setiausaha PKR (2008-2009)
  • Naib Ketua AMK (2007-2013)
  • EXCO AMK (2004-2007)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia UPM 
  • Sekolah Menengah Benut di Pontian
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P98 Gombak

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P98 Gombak N16 Batu Caves
  • PRU13- P98 Gombak N16 Batu Caves
  • PRU14- P98 Gombak N16 Sungai Tua
  • PRU PRN15- P98 Gombak N16 Sungai Tua

Artikel Berkaitan AMIRUDIN SHARI

Video Berkaitan AMIRUDIN SHARI