SIM CHON SIANG

Sim Chon Siang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14- Teruntum pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menang 12,983 undian dengan majoriti undian sebanyak 8,679.

Kemenangan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum, Pahang merupakan kejayaan buat Sim Chon Siang dalam mempertahankan kedudukannya selama dua penggal berturut-turut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan tersebut.

Dalam pertembungan tiga penjuru, beliau memperoleh undi majoriti sebanyak 7,725

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Chon Siang yang juga mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat undian 12,227 mengalahkan calon Tee Chon Ser daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 4,502 undi dan Azizah Mohd Ali daripada Pas yang hanya meraih 3,039

Menyentuh hal politik, beliau bermula sebagai Ahli PKR sejak Disember 2007 dan kini beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pakatan Harapan Pahang.

Selain itu, beliau juga merupakan Ketua Ranting PKR Bandar Kuantan dan Timbalan Ketua Cabang PKR Kuantan.

Chon Siang merupakan pengasas dan AJK Rapha Children Home dan juga pengasas organisasi yang dinamakan sebagai 'Save Malaysia, Stop Lynas'

Beliau juga merupakan salah seorang AJK Kira-Kira Wang Kerajaan Negeri Pahang dan Penasihat Persatuan Penjaja Kampung Jawa, Kuantan.

Selain itu, Sim Chon Siang merupakan calon Pakatan Harapan (PKR) bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Teruntum pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah, Pcm Trading A137,Ist Floor,Jalan Beserah,25300 Kuantan,Pahang (1997-Kini)
  • ADUN Teruntum  (2018-kini )
  • Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan (2008 - 2013)
  • Pengurus Pembelian, Club Med Cherating,Cherating ,Pahang (1986-1996)

Lantikan dalam badan bukan berkanun (NGO):

  • Penasihat Lembaga Pengarah SJK (C) Chung Ching (2019 hingga kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah dan AJK PIBG SJK (C) Chung Ching (2009-2010)
  • Timbalan Pengerusi "Stop Lynas Coalition" (2011 hingga kini)
  • AJK PIBG SMK Sultan Abu Bakar (2010-2013)
  • Pengasas "Rapha Children Home"
  • Pengasas "Save Malaysia Stop Lynas"
  • Penasihat Persatuan Penjaja Kampung Jawa Kuantan Pahang

Jawatan disandang dalam politik:

  • AJK PH Pahang (2018 hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Pahang (2018 hingga kini) 
  • Timbalan Ketua Cabang PKR Kuantan (2014 hingga kini)
  • Ketua Ranting PKR Bandar Kuantan (2008 hingga kini)
  • Ketua Penerangan PKR Cabang Kuantan (2008-2014)
  • Pengarah Eksekutif Pusat Khidmat PKR Cabang Kuantan (2008 - 2013)
  • Setiausaha Cabang PKR Kuantan (2008 - 2008)
Pendidikan:
  • Diploma In Master Life Hong Kong 
  • SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang
  • SMK Tanah Putih, Kuantan, Pahang
  • SRJK (C) Chung Ching, Kuantan, Pahang
  • SRJK (C) Sin Hwa, Batu Pahat, Johor
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P83 Kuantan N14 Teruntum
  • PRU14- P83 Kuantan N14 Teruntum
  • PRU15- P83 Kuantan N14 Teruntum

Artikel Berkaitan SIM CHON SIANG

Video Berkaitan SIM CHON SIANG