LEE CHEAN CHUNG

Maklumat Diri
Asal
Kuantan Pahang
Tarikh lahir
11/4/1981
Pasangan
Woo Sze Mun
Anak
3 anak

Lee Chean Chung merupakan calon PH(PKR) bertanding bagi kerusi Parlimen P105(PETALING JAYA) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 50575 undi

 Lee Chean Chung antara ahli politik yang terus bersuara berhubung kegagalan kerajaan Pahang menjawab ulasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengenai pemilihan Bukit Ketam sebagai lokasi tapak kemudahan pelupusan kekal (PDF) sisa penulenan air larut lesap (WLP) kilang nadir bumi Lynas Corporation.

Beliau berasal dan dibesarkan di Kuantan, tidak gentar memperjuangkan isu berkenaan sehingga kini.

Menyandang ADUN Semambu selama dua penggal, Chean Chung dilahirkan pada 11 April 1981.

Mendapat pendidikan dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Multimedia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) dan memperoleh Sarjana dalam bidang pengangkutan dan logistik.

Bertanding semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 di DUN Semambu, beliau berjaya mengekalkan kemenangan dalam pertembungan tiga penjuru.

Chean Chung daripada Pakatan Harapan menang bergaya dengan mendapat 14,991 undian ketika menentang Mohd Yusof Hashin daripada parti Pas yang mendapat 9,480 undi.

Jumlah majoriti undi berjaya diperoleh sebanyak 5,511 undi meningkat berbanding PRU13 iaitu majoriti 3,200 undian.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Petaling Jaya (2022)
  • ADUN Semambu (2013 hingga kini)
  • Penyelidik Parlimen (2009 hingga 2012)
  • Pengurusan Bersekutu, Li & Fung Logistik (2007 hingga 2008)
  • Penyelidik Bersekutu, IDC (2006 hingga 2007)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Cabang Indera Mahkota (2012 hingga kini)
  • Bendahari Agung (2019 hingga kini)
  • Naib Pengerusi MPN Pahang (2019 hingga kini)
  • Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (2014 hingga 2019)

Lantikan dalam GLC dan agensi:

  • Pengarah Lembaga Pelabuhan Kuantan (2019 hingga 2020)

Penglibatan dalam badan bukan berkanun:

  • Ketua Perhubungan Awam (PR) bagi Gabungan Hentikan Lynas (SLC)
  • Ketua Publisiti Himpunan Hijau 2.0 
Pendidikan:
  • Universiti Nasional Singapura (2018 hingga 2019)
  • Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (2004 hingga 2006)
  • Multimedia University (1999 hingga 2003)
  • SMK Air Putih (1994 hingga 1998)
  • SRJK(C) Pei Chai (1988 hingga 1993)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P105 Petaling Jaya

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P82 Indera Mahkota N13 Semambu
  • PRU14- P82 Indera Mahkota N13 Semambu

Video Berkaitan LEE CHEAN CHUNG