MOHD RASHID HASNON

Datuk Mohd Rashid Hasnon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu Pahat. 

Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Pantai Jerejak, Pulau Pinang dan bekas Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.

Mulakan kerjaya sebagai jurutera di PERNAS NEC pada 1984 dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perancang di Motorola (1987), Pengurus ASE Electronics (1991), Pengerusi Personal Managers Group yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas pada tahun 2006. 

Selepas itu, beliau menamatkan zaman bujang dan melangsungkan perkahwinan dengan Datin Hajah Nor Azizah bt Haron pada tahun 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Perjalanan politiknya, Rashid pernah menjadi Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang pada tahun 1999. 

Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan di majlis tertinggi PKR dan merupakan antara pengasas PKR di Pulau Pinang serta pernah berkhidmat sebagai Naib pengerusi PKR Pulau Pinang.

Ketika menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalan raya.

Selain itu, Rashid merupakan pemimpin Melayu nombor satu di Pulau Pinang pada ketika itu memberi perhatian secara khususnya kepada pembangunan kaum bumiputera dalam pelbagai sektor.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Mohd Rashid Hasnon daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 45,929 undian ketika menentang Haliza Abdullah daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 28,035 undi. Majoriti undi sebanyak 17,894.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (2018 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Batu Pahat (2018 hingga kini)
  • Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang (2013-2018)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak (2013 – 2018)
  • Pengurus ASE Electronics (1991)
  • Pengerusi Personal Managers Group (1990)
  • Ketua Jabatan Perancang di Motorola (1987)
  • Jurutera di PERNAS NEC pada 1984
Pendidikan:
  • Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990)
  • Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan University of Sheffield, UK
  • Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi
  • Muar High School

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P150 Batu Pahat
  • PRU15- P150 Batu Pahat

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P52 Bayan Baru N36 Pantai Jerejak

Artikel Berkaitan MOHD RASHID HASNON

Video Berkaitan MOHD RASHID HASNON