AZMAN NASRUDIN

Azman Nasrudin merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili BERSATU bertanding bagi kerusi Parlimen P17-Padang Serai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau kini menyandang kerusi Parlimen P17 Padang Serai selepas menewaskan lima calon lain dengan majoriti 16,260 pada 7 Disember 2022.

Merupakan bekas guru dan mesra dipanggil Cikgu Man, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas selama dua penggal sejak memenanginya dalam PRU13 dan mengekalkan kerusi tersebut pada PRU14, atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam peristiwa Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan kerajaan pusat bertukar daripada Pakatan Harapan (PH) kepada PN, beliau menurut jejak di peringkat negeri dengan meninggalkan PH dan membentuk kerajaan negeri PN bersama-sama ADUN-ADUN Pas, Umno dan Bersatu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas guru

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Parlimen Padang Serai
  • ADUN Lunas
  • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Makanan, Perladangan & Komuditi, Pengangkutan & Hal Ehwal Masyarakat India
  • Pengerusi Penggerak Komuniti Negara
Pendidikan:
  • Sijil Perguruan
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Politik/Sejarah
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P17 Padang Serai

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P17 Padang Serai N34 Lunas
  • PRU14- P17 Padang Serai N34 Lunas