NOOR AMIN AHMAD

Maklumat Diri
Asal
Kangar, Perlis
Tarikh lahir
20/2/1982
Pasangan
Siti Kamariah Ahmad Subki

Noor Amin Ahmad merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P2-KANGAR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau meminati politik sejak zaman sekolah, bakat kepimpinan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad ini semakin menyerlah ketika menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).Berusia 39 tahun, pemimpin muda ini dikira bertuah setelah cubaan pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 membawa kemenangan.

Noor Amin daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 20,909 undian ketika menentang Ramli Shariff daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 15,306 undi. 

Majoriti undi sebanyak 5,603. 

IDEAS dinobatkan  sebagai badan pemikir baru terbaik di Asia dan kelima terbaik di dunia pada 2013. 
Beliau juga pengasas Institut Kajian Kepimpinan dan Pembangunan (LEAD) pada 2014.

Di peringkat Parlimen, beliau mempengerusikan Kaukus Ahli Parlimen Muda Dewan Rakyat dan pernah menganggotai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Belanjawan. 

 

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kangar (2018 hingga kini) 
  • Pengasas LEAD (2014)
  • Pengurus Operasi dan Projek, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) (2012-2013)
  • Pegawai Komunikasi kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (2010-2012)
  • Penyelaras Kajian Islam dan Demokrasi di Malaysia (2009-2010)
  • Penyelidik di badan pemikir Malaysia Think Tank, London (2007-2009)
  • Pembantu penyelidik di Fakulti Perhutanan, UPM (2007)

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Cabang PKR (2018 hingga kini)
  • Ketua Biro Latihan, Angkatan Muda PKR (2014-2018)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan (Pengurusan Sumber Rekreasi Luar), UPM (2003-2006)
  • Diploma Perhutanan, UPM (2000-2003)
  • SMK Derma, Kangar (1995-2000)
  • SK Seri Indera, Kangar (1989-1994)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P2 Kangar
  • PRU15- P2 Kangar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P2 Kangar N9 Kuala Perlis