JAMALUDDIN MOHD RADZI

Jamaluddin Mohd Radzi merupakan ahli politik bebas Malaysia yang merupakan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Perak. Dahulu beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat. Beliau keluar dari PKR menjadi ADUN bebas pada awal 2009.

Jamaluddin Mohd Radzi adalah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bersekutu dengan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, 2008 dan telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang.

 

Pencapaian
Kerjaya:

Merupakan bekas posmen sebelum menjadi ahli politik dan ahli perniagaan.

Jawatan dalam Politik:

  • Ahli Exco Negeri Perak (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan) ( 2008)
  • Bekas Bendahari PKR Negeri Perak.
  •  Bekas Ketua Bahagian PKR Tanjung Malim.
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P77 Tanjong Malim

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P77 Tanjong Malim N59 Behrang
  • PRU12- P77 Tanjong Malim N59 Behrang