CHANG LIH KANG

YB Chang Lih Kang merupakan calon Pakatan Harapan mewakili PKR bertanding kerusi Parlimen P77 Tanjong Malim, Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Tanjong Malim dengan majoriti undi 3,541

Beliau dilantik sebagai Menteri Sains dan Teknologi.

Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan N45 Teja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi.

Beliau memperolehi 6533 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 6358 undi.

Pada pilihanraya umum 2013, Chang berjaya mengekalkan kemenangan kerusi Teja dengan mengalahkan lawannya dengan majoriti yang lebih besar, iaitu sebanyak 2082 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Sains dan Teknologi (2022)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja
  • Ahli Parlimen Tanjong Malim (2018)
  • Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak (2022)

Jawatan dalam parti:

  • Naib Presiden Keadilan
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P77 Tanjong Malim
  • PRU15- P77 Tanjong Malim

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P71 Gopeng N45 Teja
  • PRU13- P71 Gopeng N45 Teja