ABDUL GHAPUR SALLEH

Maklumat Diri
Asal
Tawau, Sabah
Tarikh lahir
21/3/1943

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ialah Ahli Parlimen bagi daerah Kalabakan, Tawau.

Beliau ditawarkan menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia pada 2008 tetapi menolaknya. Beliau merupakan ahli parti UMNO.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 baru-baru ini, beliau bertanding sengit dengan calon Parti Warisan Sabah dan dua lagi calon masing-masing dari parti Pas dan PPRS. Beliau ditewaskan oleh Ma'mun Sulaiman, calon dari Parti Warisan.

Beliau memulakan karier politiknya awal tahun 70-an dengan menyertai Parti Berjaya yang diterajui oleh Ketua Menteri ketika itu, Datuk Harris Salleh.

Atas tiket Berjaya, Ghapur pertama kali dipilih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Tawau, pada pilihan raya tahun 1976, tetapi tewas kepada calon USNO.

Bagaimanapun beliau berjaya memenangi kerusi DUN Merotai pada pilihan raya 1981 yang kemudiannya dipertahankan pada 1985 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 1999, Ghapur memenangi kerusi DUN Kalabakan dan dipilih semula menganggotai barisan Kabinet Negeri sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Timbalan Ketua Menteri selama dua tahun mulai 1996

Jawatan dalam parti:

  • Ketua UMNO Bahagian Tawau
  •  Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan Sabah 
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
  • Ketua UMNO Bahagian Tawau
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tawau
  • Sekolah Holy Trinity, Tawau
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P191 Kalabakan
  • PRU12- P191 Kalabakan
  • PRU13- P191 Kalabakan
  • PRU14- P191 Kalabakan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada