SIM TZE TZIN

Maklumat Diri
Asal
Georgetown, Pulau Pinang
Tarikh lahir
6/2/1976
Pasangan
Chan Oilai

Sim Tze Tsin merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P52-Bayan Baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 34,902 undi.

Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau adalah timbalan ketua Angkatan Muda (PKR) Pulau Pinang.

Selepas kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang tewas di tangan Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum 2008, beliau telah dilantik menganggotai jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bayan Baru (2022)
  • Jurutera
  • Bekas tentera (1999)

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan ketua Angkatan Muda (PKR) Pulau Pinang

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  •  Organisasi Forum Malaysia di Universiti Stanford
Pendidikan:
  • Sekolah Hu Yew Seah
  • Sekolah Tinggi Chung Ling
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia
  • Sarjana Sains (Sivil) dalam Kejuruteraan Lebuh Raya dari San José State University
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P52 Bayan Baru
  • PRU14- P52 Bayan Baru
  • PRU15- P52 Bayan Baru

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P52 Bayan Baru N36 Pantai Jerejak