TAN JOON LONG

Tan Joon Long merupakan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bertanding bagi kerusi Parlimen P15-Sungai Petani pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Tan Joon Long @ Tan Chow Kang ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan N29 Sidam yang terletak dalam kawasan parlimen Sungai Petani, Kedah Darul Aman dari tahun 2008 sehingga tahun 2013.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Fong Chok Gin dengan majoriti sebanyak 3,618 undi.

Beliau memperolehi 9,470 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 5,852 undi.

Pada Mac 2010, beliau dilantik menjadi EXCO negeri Kedah dalam satu rombakan EXCO lantas menggantikan Tan Wei Shu (PKR Bakar Arang). Beliau memegang porfolio Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 di bawah Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi kerusi Nibong Tebal namun kalah dengan undian sebanyak 55 daripada keseluruhan 26,666 orang pengundi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam (8 Mac 2008 – 5 Mei 2013)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Rakyat Malaysia
Parti: PRM
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P15 Sungai Petani

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P15 Sungai Petani N29 Sidam