AWANG AHMAD SHAH

Bertanding atas tiket parti gabungan Warisan Plus, muka baharu di kerusi Dewan Undangan Negeru (DUN) Petagas di bawah Parlimen Putatan, Sabah tetap membawa kejayaan kepada Awang Ahmad Shah.

Walaupun berhadapan dengan pertembungan enam penjuru, Awang Ahmad berjaya menewaskan calon lawan dengan memperoleh majoriti 262.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sabah Ke-16, Awang Ahmad berjaya mengekalkankan parti Warisan yang baru sahaja menapak di DUN Petagas pada PRU14.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Arsit Sedi (3,864), calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Paul Nointien (572) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Ahmad Farid Sainuri (355).

Turut bertanding calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Jecky Lettong @ Thaddeus Jack (118) dan calon Parti Gagasan Rakyat Sabah, Mohamad Kulat (33).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas
  • Pengerusi Ko-Nelayan Negeri Sabah

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Warisan Bahagian Putatan
  • Ketua Cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) Lumba Kuda Tanjung Aru 
  • Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan

Anugerah diterima:

  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu

 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P173 Putatan
  • PRU13- P173 Putatan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P173 Putatan N17 Tanjong Aru
  • PRU12- P173 Putatan N17 Tanjong Aru
  • PRU13- P173 Putatan N18 Petagas
  • PRN DUN Sabah 16- P173 Putatan N23 Petagas

Artikel Berkaitan AWANG AHMAD SHAH

Video Berkaitan AWANG AHMAD SHAH