Dato' Sri Anifah Aman @ Haniff Amman (lahir 16 November 1953) bekas Menteri Luar, keluar parti UMNO dan menjadi ahli politik bebas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada September 2018.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu.
Anifah mengambil alih jawatan daripada bekas presiden, Wilfred Bumburing yang dilantik sebagai timbalan presiden.
Dalam pada itu, kontroversi terus melanda Anifah setelah kemenangan kerusi Parlimen Kimanis hangat diperkatakan hingga Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan Ahli Parlimen Kimanis, yang ditandingi Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu terbatal.
Keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.
Terdahulu, Anifah juga pernah menjawat jawatan sebagai bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Kimanis.