ROZMAN ISLI

Bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Rozman Isli masih mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Wilayah Persekutuan Labuan meskipun berlaku penurunan jumlah majoriti kepada 1,450 undian berbanding pilihan raya lalu, sebanyak 6,625 undi.

Pertembungan sengit empat penjuru itu menjadikan Ahli Parlimen di pulau bebas cukai itu terus menerajui kepimpinan tersebut sejak tahun 2013.

Pada PRU14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 10,164 undian ketika menentang Noor Halim Zaini daripada parti Warisan yang mendapat 8,714 undi.

Manakala daripada Pas, Ahmad Junid @ Junit Mohd Aling @Aling memperoleh 1,555 dan parti Harapan Rakyat (HR) Siti Zaleha S.W.Ibrahim mendapat 925 undian.

Namun, pada Oktober 2018, beliau bertindak keluar daripada UMNO dan meneruskan perjuangan bersama Warisan dan kemudian pada 31 Mac 2019, Rozman menang tanpa bertanding sebagai Ketua Warisan Bahagian Labuan.

Kerjaya beliau bermula sebagai ahli perniagaan dan juga pernah berkhidmat dengan syarikat multinasional selama enam tahun.

Parti Warisan (Warisan) bahagian Labuan menggariskan 20 perkara sebagai fokus utama dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke-15

20 perkara itu (sekiranya dilaksanakan) boleh membantu melonjakkan pembangunan ekonomi pulau bebas cukai berkenaan seterusnya membawa kepada kesejahteraan rakyat. projek pembangunan dalam Pelan Pembangunan Labuan 2030 harus terus dilaksanakan bagi mencetuskan pelbagai pembangunan ekonom selain keperluan untuk mengukuhkan status bebas cukai yang memberi manfaat kepada Labuan.

Rozman berdepan lima pencabar iaitu calon BN-UMNO Datuk Bashir Alias; Suhaili Abdul Rahman (Perikatan Nasional-Bersatu); Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM); Datuk Dr Ramli Tahir (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Ramle Mat Daly (Gerakan Tanah Air-Pejuang).

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan (2013 hingga kini)
  • Ahli Perniagaan 
  • Pengarah Urusan Kumpulan ISRO Holding Sdn Bhd, (1999)
  • Ketua Kewangan dan Pentadbiran Pejabat Labuan  MMC Engineering Sdn Bhd, (1994 - 1998)
  • Juruaudit dalaman MMC( Malaysia Mining Corporation Bhd. (1992-1994)
  • Ketua Jualan dan Pentadbiran (Sabah dan Labuan) ISRO Motor Sdn. Bhd

Jawatan  dalam parti:

  • Ketua Warisan Bahagian Labuan
  • Bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan
Pendidikan:
  • Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Asian Institute of Management (AIM) Manila (1996)
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Ekonomi dari California State University, Amerika Syarikat (1991) 
  • American Associate Degree (Pentadbiran Perniagaan) 1986, Armstrong Collage Berkeley, California, Amerika Syarikat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Warisan
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P166 Labuan
  • PRU14- P166 Labuan
  • PRU15- P166 Labuan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan ROZMAN ISLI

Video Berkaitan ROZMAN ISLI