AHMAD MASLAN

Maklumat Diri
Asal
Benut, Pontian, Johor
Tarikh lahir
30/4/1966
Pasangan
Datin Seri Noraini Sulaiman
Anak
3

Ahmad Maslan adalah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Parlime P164 Pontian pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,758 undi.

Beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan I.

Selama tiga penggal di Parlimen Pontian, Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menang majoriti tipis iaitu 833 undian dalam pertembungan tiga penjuru.

Beliau merupakan ahli UMNO mendapat 21,132 undian ketika menentang Karmaine Sardini daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 20,299 undi. 

Dilahirkan pada 30 April 1966, beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I.

Di peringkat pusat parti, beliau adalah Setiausaha Agung UMNO.

Anak kelahiran kampung Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian ini pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubok Sipat, Benut dan pernah menjadi tokoh murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.

Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan pelajar terbaik SRP dan pembahas terbaik piala Perdana Menteri. 

Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria, New Zealand pada 1986 hingga 1988.

Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia, pada tahun 2001 hingga 2003, beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik dan menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85.

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang pernah disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Datuk Mustapa Mohamed, Tan Sri Mohd. Yusof Noor dan Tan Sri Hussein Ahmad.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Kewangan I (2022)
  • Ahli Parlimen Pontian (8 Mac 2008 hingga kini)
  • Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa I (2015 hingga 9 April 2018)
  • Timbalan Menteri Kewangan II (15 Mac 2013 hingga 2015)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (9 April 2009 hingga 14 Mei 2013)
  • Pengarah Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri (2005 hingga 2008)
  • Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang) (2000 hingga 2005)
  • Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi) (1995 hingga 2000)
  • Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Mustapa Mohamed (Timbalan Menteri Kewangan) (1994 hingga 1995)
  • Penolong Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri (1991 hingga 1994)
  • Pengurus Operasi Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand (1989 hingga 1990)

Jawatan yang pernah disandang dalam parti:

  • Setiausaha Agung UMNO 
  • Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (2012)
  • Ketua Penerangan UMNO Malaysia (2009)
  • Timb. Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia (2009)
  • Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara (2010)
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu (2005)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian (2009)
  • Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Lubuk Sipat, Benut (1996)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) di Universiti Kebangsaan Malaysia, (2001 -2003)
  • Ijazah Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) di  Victoria University of Wellington, New Zealand (1986 - 1988)
  • Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) di Rosehill College, Auckland New Zealand (1984 -1985)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P164 Pontian
  • PRU13- P164 Pontian
  • PRU14- P164 Pontian
  • PRU15- P164 Pontian

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan AHMAD MASLAN