Abun Sui Anyit merupakan seorang peguam dan juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Hulu Rajang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan calon Dewan Undang Negeri (DUN) Murum pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke 11.
Beliau juga adalah Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak.
Katanya, jika PH menang perkara pertana yang akan dimohon adalah pembinaan jalan raya menghubungkan daerah perbatasan Hulu Rajang ke ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara.
"Hulu Rajang wilayah yang besar di Malaysia, sangat mundur. Apabila menang di Hulu Rajang kita mahu kerajaan bersama Datuk Seri Anwar mengadakan jalan raya katanya,
"Perjuangan saya untuk mengadakan jalan raya dari Nusantara, Indonesia ke Hulu Rajang. Ini saya mohon kepada PM baru nanti, tambahnya lagi.
Kerusi Parlimen Hulu Rajang akan memperlihatkan pertembungan semula antara lawan lama Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS) dan (PH) Abun Sui Anyit pada Pru15.