ALI ANAK BIJU

Maklumat Diri
Tarikh lahir
27/1/1968

Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Anak Biju kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020. 

Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1968 merupakan Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Krian sejak 2011 hingga kini.

Sebaik menamatkan pendidikan sekolah menengah, beliau meneruskan pengajian di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1992, kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Valparaiso dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam. 

Penglibatan beliau dalam dunia politik bermula dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun sebaliknya kini meneruskan perjuangan kepartian bersama parti Bersatu.

Beliau menyertai Bersatu pada tahun 2020 selepas dua tahun memegang jawatan Naib Presiden PKR Pusat.

Pada Pilhan Raya Umum (PRU) Ke-14, Ali daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 11,848 undian ketika menentang Jagah@ Subeng Anak Mula daripada Barisan Nasional yang mendapat 10,859 undi. Majoriti undi sebanyak 989.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (10 Mac 2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Saratok (2008 hingga kini)
  • ADUN Krian (2011 hingga kini)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan awam  Universiti Valparaiso USA (1989 hingga 1992)
  • Kolej persediaan Shah Alam, Selangor  (1986 hingga 1988)
  • Kolej Abg Hj Abdillah Kuching Sarawak (1984 hingga 1985)
  • SMK Saratok (1980 hingga 1983)
  • SK Ng Budu (1974 hingga 1979
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P205 Saratok
  • PRU14- P205 Saratok

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P205 Saratok N34 Krian
  • PRN DUN Sarawak 11- P205 Saratok N39 Krian

Artikel Berkaitan ALI ANAK BIJU

Video Berkaitan ALI ANAK BIJU