JONATHAN YASIN

Maklumat Diri
Asal
Sabah
Pasangan
Helena Masri

Jonathan Yasin sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Ranau meraih 22,606 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 11,092.

Jonathan Yasin merupakan Parlimen Ranau Sabah kini menyandang Timbalan Menteri Dalam Negeri II sejak 10 Mac 2020.

Bekas Pengerusi Lembaga Koko Malaysia ini menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pada 11 Mac selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2020.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Jonathan daripada Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 14,880 undian ketika menentang Ewon Ebin daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 13,804 undi. Majoriti undi sebanyak 1,076.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri II (10 Mac 2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Ranau (2018 hingga kini)
  • Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (2018-2020)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Rakyat Sabah
Parti: GRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P179 Ranau
  • PRU13- P179 Ranau
  • PRU14- P179 Ranau
  • PRU15- P179 Ranau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan JONATHAN YASIN

Video Berkaitan JONATHAN YASIN