NUR JAZLAN MOHAMED

Maklumat Diri
Asal
Selangor
Tarikh lahir
15/2/1966
Pasangan
Datin Rossana Tan Sri Jaafar

Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed dilahirkan pada 15 Februari 1966 merupakan bekas Ahli Parlimen Pulai, Johor dari Barisan Nasional - UMNO.

Beliau adalah bekas Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) telah berkahwin dan mempunyai empat anak.

Merupakan anak sulung bekas Menteri Penerangan Mohamed Rahmat, Jazlan berketurunan Jawa dan Cina.

Ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid berketurunan Cina Teochew, dan berkait rapat dengan masyarakat Cina.

Dari segi kerjaya, beliau pernah dilantik sebagai Eksekutif Pentadbiran di IGB Corporation Berhad pada 1990.

Selepas setahun berkhidmat, beliau berpindah ke Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd dan kemudian pada tahun 1994 beliau dilantik sebagai pegawai kwwangan untuk usaha sama Proton-DRB Sdn Bhd. 

Beliau tinggal di sana sehingga tahun 2004, dan kemudian memilih politik dan meninggalkan kehidupan korporatnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Jazlah pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri I pada 2015 hingga 2018.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Akauntan

Jawatan yang pernah disandang:

  • Pengerusi UDA (2010 – 2015)
  • 1990: Eksekutif Pengurusan IGB Corporatin Bhd.
  • 1991: Pengurus LKN Ltd., Equatorial Hotel (M) Sdn. Bhd.
  • 1994: Pengawal Kewangan Usahasama Proton-DRB Sdn. Bhd.
  • 2000-2002: Ahli jawatankuasa ACCA Malaysia
  • 2001-2005: Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA) (2007)
  • 2005: Pengerusi Jawatan Kuasa Perhubungan Awam (MIA)
  • 2001-2005: Ahli Majlis Persekutuan Persekutuan Akauntan Asean Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif MIA
  • 2001: Pengerusi, jawatan Kuasa Perhubungan Awam MIA 
  • 2001-2005: Ahli Jawatan Kuasa Keahlian MIA
  • 2001: Ahli Jawatankuasa Globalisasi MIA
  • 1994: Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, United Malayan Land Bhd

Politik:

  • Pergerakan Pemuda UMNO Pulai
  • 1989: Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Pasir, Bahagian Pulai, Johor
  • 1994-2001: Ahli Jawatankuasa Pegerakan Pemuda Bahagian Pulai
  • 1998-2001: Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai
  • Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda, UMNO Bahagian Pulai
  • Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 1996-2004: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 1996-200: Pengerusi Majlis Pembangunan Bandar, Perumahan Rakyat dan Setinggan Pemuda UMNO Malaysia
  • 1998-2000: Naib Pengerusi Majlis Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia
  • 1998-2000: Ahli Jawatankuasa Ad Hoc Penjaja

Jawatan disandang dalam kabinet:

  • Timbalan Menteri Dalam Negeri I (2015-2018)
  • Ahli Parlimen Pulai (2004-2018)
Pendidikan:
  • 1989 – Ahli ACCA, United Kingdom
  • 1996 – Fellow of ACCA
  • 2000 – Akauntan Bertauliah (M) (Malaysian Institute of Accountants)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P161 Pulai
  • PRU12- P161 Pulai
  • PRU13- P161 Pulai
  • PRU14- P161 Pulai
  • PRU15- P161 Pulai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada