MAIJOL MAHAP

Senator Datuk Maijol Mahap adalah calon Parti Harapan Rakyat bagi Parlimen P168 Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Sabah.

Beliau juga penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu, Jaksa Pandamai, Ahli Setia Darjah Kinabalu, Johan Setia Mahkota  dan Kesatria Mangku Negara.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah di Sabah Development Bank Berhad
  • Pembantu tadbir (Personel)
  • Pegawai Undang-Undang Jabatan Peguam Negara Sabah (1990-1991)
  • Pegawai Tadbir Dewan Undangan Negeri Sabah (1991-1992)
  • Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Bandar dan Perumahan Sabah (LPPB) (2001-2005)

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Sabah
Pendidikan:
  • Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi MARA (1977-1980)
  • Sarjana Muda Perundangan University of Kent at Canterbury, United Kingdom (1983-1987)
  • Barristar-at-Law Lincoln’s Inn, London (1987-1988)
  • Sarjana Undang-Undang (LLM) (Komersial & Korporat) King’s College London (1988 - 1989)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: HR
Parti: HR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P168 Kota Marudu
  • PRU14- P168 Kota Marudu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada