STEVEN CHOONG SHIAU YOON

Maklumat Diri
Asal
Berus, Perak
Tarikh lahir
7/12/1957

Steven Choong Shiau Yoon dilahirkan pada 1957 merupakan bekas akauntan bertauliah kanan (FCCA). 

Nekad untuk berbakti dan menyumbang kepada negara, pada usia 50 tahun, beliau memilih untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 28 Februari 2021, beliau nekad keluar dari parti PKR dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, beliau berjaya menarik lebih kurang 4,000 pengundi baharu di kawasan Johor Bahru, Johor.

Sepanjang tempoh menjadi Ahli Parlimen Tebrau, beliau terus berkhidmat kepada rakyat dan terus aktif sehingga kini memberi yang terbaik buat pengundi kawasan Tebrau.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013, beliau pertama kalinya dicalonkan bagi Parlimen Tebrau namun tewas. Bagaimanapun beliau sekali lagi dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 dan ternyata usahanya berhasil selepas menang dengan mendapat 64,335 undian ketika menentang Hou Kok Chung daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 27,310 undi dengan majoriti undi sebanyak 37,025.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik
  • Bekas akauntan bertauliah kanan (FCCA)
  • Juruaudit
  •   Ejen cukai 
  • Perunding perniagaan
  • Ketua pegawai eksekutif CSY Tax Services Sdn. Bhd
  • Pengarah Kanan Bukan Eksekutif Bebas Country View Bhd
  • Bekas Ketua PKR Bahagian Tebrau
  • Bekas Ketua PKR Bahagian Ayer Hitam
  • Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Institut Akauntan Malaysia
  • Ahli berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia 
  • Ahli Persatuan Akauntan Bertauliah
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Kewangan Perniagaan Brunel University London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bangsa Malaysia
Parti: PBM
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P158 Tebrau
  • PRU14- P158 Tebrau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Johor- P158 Tebrau N41 Puteri Wangsa

Artikel Berkaitan STEVEN CHOONG SHIAU YOON

Video Berkaitan STEVEN CHOONG SHIAU YOON