HASSAN ABDUL KARIM

Maklumat Diri
Asal
Pontian, Johor
Tarikh lahir
17/10/1951
Anak
4

HASSAN ABDUL KARIM merupakan calon PAKATAN HARAPAN yang bertanding di parlimen  P159 Pasir Gudang, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 31,558 undi.

Hassan Karim merupakan ahli Parlimen bagi Pasir Gudang, Johor setelah menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam pertembungan empat penjuru.

Merekodkan sejarah sebanyak enam kali menyertai pilihan raya, bapa kepada empat cahaya mata mula sertai pilihan raya pada tahun 1982 di Skudai, 1986 di Pasir Gudang, 1999 di Tebrau, 2004 di Pontian (atas tiket PKR), 2008 di Johor Bahru dan 2013 di Ledang tetapi kesemuanya kecundang pada calon Barisan Nasional. 

Namun siapa sangka anak jati Pontian, berjaya menewaskan calon hebat yang cukup berpengalaman iaitu bekas Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin dengan majoriti sebanyak 24,526 pada 9 Mei 2018.

Beliau mewakili Pakatan Harapan menang dengan mendapat 61,615 undian manakala Mohamed Khaled daripada parti Barisan Nasional mendapat 36,889 undi. Jumlah majoriti undi sebanyak 24,726.

Sebelum menyertai PKR pada 2004, beliau dari Parti Rakyat Malaysia iaitu parti bebas pada tahun 1978 hingga 2004.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguambela & Penguamcara Hassan Karim & Co
  • Peguam rakyat untuk warga Johor
  • Guru
  • Ahli politik
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang

Jawatan dalam parti:

  • Pengerusi Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Malaysia
  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat
Pendidikan:
  • Universiti Malaya
  • Universiti Pertanian Malaysia
  • Sarjana Muda Undang-undang Universiti London
  • CLP Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P164 Pontian
  • PRU12- P160 Johor Bahru
  • PRU13- P144 Ledang
  • PRU14- P159 Pasir Gudang
  • PRU15- P159 Pasir Gudang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan HASSAN ABDUL KARIM

Video Berkaitan HASSAN ABDUL KARIM