NURUL IZZAH ANWAR

Maklumat Diri
Asal
Kuala Lumpur
Tarikh lahir
19/11/1980
Anak
Raja Nur Safiyah, Raja Harith

Nurul Izzah Anwar merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P44-Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Anak sulung kepada Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak tahun 2018.

Beliau yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, dilahirkan pada 19 November 1980.

Pada 2018, Nurul Izzah telah melepaskan jawatan Naib Presiden PKR juga jawatannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau mahu menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa terikat jawatan dalam parti.

Dalam soal pendidikan, Nurul Izzah mendapat pendidikan terawal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 

Ketika pendidikan menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Di peringkat universiti, beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak. 

Kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. 

Beliau seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.

Beliau telah menamatkan zaman bujang pada 2003 bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan dua cahaya mata, namun pada 2015, beliau disahkan berpisah.

Perjalanan politik, Nurul Izzah pernah digelar 'Puteri Reformasi' kerana aktif dalam gerakan Reformasi 1998 dan wajahnya pernah muncul dalam CNN dan BBC.

Selepas menuntut di universiti, Nurul Izzah menjadi penyelaras politik di pejabat PKR. Seterusnya menjadi sukarelawan kepada pasukan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) dan menjadi ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Sebelum ini juga, Nurul Izzah pernah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Permatang Pauh (2018-kini)
  • Ahli Parlimen Lembah Pantai (8 Mac 2008-7 April 2018)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Bekas Naib Presiden PKR
  • Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington (2007)
  • Ijazah Sarjana Muda bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di Universiti Tenaga Nasional (2004)
  • Sekolah Menengah Sri Bandaraya 
  • Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P121 Lembah Pantai
  • PRU13- P121 Lembah Pantai
  • PRU14- P44 Permatang Pauh
  • PRU15- P44 Permatang Pauh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada