AZALINA OTHMAN SAID merupakan calon BARISAN NASIONAL yang bertanding di parlimen P157 Pengerang, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,010 undi.
Beliau dilantik sebagai Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi.
Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said adalah Timbalan Speaker Dewan Rakyat wanita pertama di Malaysia.
Dilahirkan pada 31 Disember 1963 juga menyandang Ahli Parlimen Pengerang.
Anak jati Johor Bahru, beliau aktif dalam sukan taekwondo dan memegang tali pinggang hitam. Dalam beberapa acara yang dirasmikannya kemudian, beliau turut menunjukkan kehandalannya memecahkan atap genting.
Beliau mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam dan jurusan undang-undang. Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988.
Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.
Memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994).
Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003.
Siapa sangka, beliau pernah juga menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di NTV7.
Perjalanan dalam dunia politik, beliau pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004.
Pada 1 November 2002, sebagai Ketua Puteri UMNO, beliau secara automatik dilantik sebagai salah seorang dari 6 orang Naib Presiden UMNO.
Pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan (31 Mac 2004-7 Mac 2008). Kemudian dilantik sebagai Menteri Pelancongan (18 Mac 2008 - 9 April 2009).
Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan Sisters in Islam.
Malah melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).
Pada 29 Julai 2015, beliau menyertai kabinet semula,menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.