MOHD RAFIZI RAMLI

Mohd Rafizi bin Ramli merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bertanding bagi kerusi Parlimen P100 Pandan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 48296 undi.

Beliau dilantik sebagai Menteri Ekonomi.

Beliau lahir pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu dan dibesarkan di Kemaman. Beliau bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajaran di University of Leeds.

Rafizi bertanding dalam pilihan raya buat kali pertama di parlimen Pandan dalam PRU Ke-13 mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berjaya memenangi kerusi tersebut menewaskan MCA yang merupakan penyandang kerusi tersebut sejak sekian lama.

Kini Rafizi memegang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Pencapaian
Kerjaya:
  • 2022: Ahli Parlimen Pandan
  • 2003 – 2005: Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant di PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd
  • 2005 - 2007: Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) di PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia
  • 2007 - 2009: Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) di PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd
  • 2009: Pengurus Besar Pharmaniaga Berhad
  • 2009 - 2012: Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
  • 2012: Pengasas dan Pengarah Eksekutif National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW)
  • 2013 - 2018: Ahli Parlimen Pandan, Selangor
  • 2016: Pengasas INVOKE Malaysia
  • 2013: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
  • 2022: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
Pendidikan:
  • 1984 - 1989: Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman
  • 1990 - 1994: Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • 1995 - 1996: Morrison's Academy Scotland
  • 1999 - 2003: Jeffreys Henry Chartered Accountants London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P100 Pandan
  • PRU15- P100 Pandan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada