Datuk Zakaria bin Abdul Hamid memulakan kerjayanya dengan Perkhidmatan Awam Malaysia pada tahun 1969 dan bersara sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2002.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Cina dari Universiti Malaya, Malaysia dan juga lulusan Kolej Pengajian Pertahanan Diraja, London, United Kingdom.