FUZIAH SALLEH

Maklumat Diri
Telefon
‭019 270 2838‬
Asal
Johor
Tarikh lahir
13/7/1959
Anak
6 orang

YB Hajjah Fuziah Salleh merupakan Ahli Parlimen Kuantan, Pahang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga perintis Gerakan Hentikan Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Kuantan.

Beliau kalah pada PRU ke-15 baru-baru ini namun dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Beliau turut terlibat dengan badan NGO seperti The Young Muslims UK (1988-1992) dan juga Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Masa ini, Fuziah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Kini, YB Hajjah Fuziah Salleh merupakan calon Pakatan Harapan (PKR) bertanding bagi kerusi Parlimen P083 Kuantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau akan merebut kerusi Parlimen tersebut bersama-sama Datuk Seri Abd Hamid Nazahar calon Barisan Nasional (UMNO), Wan Razali Wan Nor dari Parti Perikatan Nasional (PAS) dan Mejar Anuar Tajuddin (B), calon Gerakan Tanah Air (Pejuang).

Selain itu, beliau juga pernah memenangi 87,597 undian dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kuantan, Parlimen Malaysia (2008 - 2022)
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (2022)
  • Konsultan

Jawatan dalam parti:

  • Pengarah Institut Latihan KEADILAN, Parti KEADILAN Rakyat (2022 - Kini)
  • Ketua Wanita KEADILAN, Parti KEADILAN Rakyat (2018 - 2022)
  • Naib Presiden KEADILAN, Parti KEADILAN Rakyat (2010 - 2013)
  • Pengarah Pilihanraya Pusat (2010)
  • Pengarah Biro Latihan Pusat (2008-2010)
  • Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat (2007-2009)
  • Ketua Wanita Pusat (2000-2007)
  • Ketua Wanita KEADILAN, Parti KEADILAN Rakyat (1999)
Pendidikan:
  • Sekolah Perempuan Methodist Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari University of Reading, United Kingdom (UK) - 1989
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan University of Wales, United Kingdom (UK) - 1997
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P83 Kuantan
  • PRU12- P83 Kuantan
  • PRU13- P83 Kuantan
  • PRU14- P83 Kuantan
  • PRU15- P83 Kuantan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada