MANSOR OTHMAN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
12/3/1950
Pasangan
Aishah Zainul
Anak
3 anak

Datuk Mansor Othman merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili BERSATU bertanding bagi kerusi Parlimen P47-NIBONG TEBAL pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15

Beliau ialah bekas ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Mansor Othman dilantik jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 10 Mac 2020.

Ahli Parlimen Nibong Tebal Pulau Pinang ini pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada 3 Jun 2009 selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti hingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Aishah Zainul dan dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki.

Mansor memiliki kelayakan akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Kemasyarakatan (B. Soc. Sc; M. Soc. Sc.) dan M.A dan M.Phil dari Universiti Yale Amerika Syarikat.

Sebelum menyertai bidang politik, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah (Prof. Madya) dan pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (2020 hingga 2021)
  • Ahli Parlimen Nibong Tebal (2013 hingga kini)
  • ADUN Penanti (2009 hingga 2013)
  • Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang (2009 hingga 2013)
  • Setiausaha Politik Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (1996 hingga 1998))
  • Profesor Madya dan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM (1993 hingga 1996)
  • Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, USM (1989 – 1992 (1980 - 1982)
  • Pengerusi Unit Kutipan Dan Kawalan Data, Pusat Penyelidikan Dasar, USM (1988 hingga 1989)
  • Fellow Penyelidik / Pensyarah USM (1979 hingga 1989)
  • Pengajar / Pembantu Penyelidik, USM (1976 hingga 1978)

Kerja-kerja perundingan dan perkhidmatan profesional:

  • Pengasas dan Pengerusi Koperasi KO Fitrah Yayasan Islam Pulau Pinang Berhad (2019 hingga kini)
  • Penasihat Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) (2016 hingga kini)
  • Pengerusi Usaha Tarbiah, Anak Syarikat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (2014 hingga  2018)
  • Pengerusi KITAB (Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang) (2014 hingga  2018)
  • Timbalan Pengerusi PDC (Penang Development Corporation) (2009 hingga  2013)
  • Timbalan Pengerusi PBA (Perbadanan Bekalan Air) Pulau Pinang (2009 hingga  2013)
  • Ahli Lembaga Pengarah HALAL HUB Pulau Pinang (2009 hingga   2013)
  • Ahli Lembaga Pengarah Invest- Penang, Pulau Pinang (2009 hingga   2013)
  • Pengerusi Penang Medical College (2010 hingga  2012)
  • Ahli Lembaga Pengarah PERDA (1993 hingga  1996)
  • Ahli Senat USM (1993 hingga  1996)
  • Ahli Jawatankuasa EXCO PEMADAM Negeri Pulau Pinang (1994 hingga  1996)
  • Ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (1993 hingga  1998)
  • Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (1993 hingga  1998)
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang (1994 hingga  1998)
  • Ketua Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (1994 hingga  1996)
  • Ahli Jawatankuasa Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang (1989 hingga  1990)
  • Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang (1989 hingga  1990)
  • Pengasas dan Pengarah Urusan Projek TEKUN (1996 hingga 1998)
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan (1996)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Sarjana Falsafah Universiti Yale
  • Sarjana Sastera Universiti Yale
  • Sarjana Sains Sosial USM
  • Sarjana Muda Sains Sosial USM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P47 Nibong Tebal
  • PRU14- P47 Nibong Tebal
  • PRU15- P47 Nibong Tebal

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P44 Permatang Pauh N10 Seberang Jaya
  • PRU12- P53 Balik Pulau N39 Pulau Betong