AZMAN ISMAIL

Dr. Azman Ismail merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakil PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P10-Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Memulakan kerjaya dalam bidang perubatan sebagai seorang doktor, Dr. Azman Ismail kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah (P009) bagi penggal ke dua.

Beliau mendapat pendidikan tinggi dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dalam bidang perubatan pada tahun 1987 selepas menamatkan pengajian dalam Diploma Klinikal Hipnoterapi di London College of Clinical Hypnosis (LCCH) Malaysia pada tahun 2009.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah, bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdul Malik merupakan salah seorang doktor pertama di negara ini yang berjaya mengkaji penggunaan suplemen kadar nitrik oksida kepada penyakit jantung pada tahun 2010.

Bukan itu sahaja, beliau berusia 60 tahun juga merupakan salah seorang individu menyokong untuk mengatasi masalah kegemukan dan diabetes menggunakan Diet Rendah Karbohidrat dan Tinggi Lemak (LCHF) pada tahun 2015.

Beliau juga berpengalaman dalam jabatan Obstetrik dan Ginekologi pada tahun 1992 malah mengecapi pelbagai pencapaian dalam bidang perubatan sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Dr Azman daripada Pakatan Harapan berjaya mengekalkan kemenangan dengan mendapat 36,624 undian ketika menentang Muhammad Riduan Othman daripada Pas yang mendapat 23,143 undi. Majoriti undi sebanyak 13,481.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kuala Kedah (2013 hingga kini)
  • Doktor perubatan 
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Perubatan USM (1987)
  • Diploma klinikal hipnoterapi LCCH (2009) 
  • SM Tengku Abdul Malik,Alor Merah, Alor Setar
  • SK Titi Gajah
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P10 Kuala Kedah
  • PRU14- P10 Kuala Kedah
  • PRU15- P10 Kuala Kedah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada