HISHAMMUDDIN HUSSEIN

Maklumat Diri
Asal
Pasir Gudang, Johor
Tarikh lahir
5/8/1961
Pasangan
Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah
Anak
Fahd Hussein, Kyra Arianna Hishammuddin, Nasha Alyssa Hishammuddin, Faris Hussein

HISHAMMUDDIN HUSSEIN merupakan calon BARISAN NASIONAL yang bertanding di parlimen  P153 SEMBRONG, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 10,880 undi.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Luar Negeri selepas dilantik pada 10 Mac 2020.

Dilahirkan pada 5 Ogos 1961 telah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sejak 2013 hingga 2018.

Ahli Parlimen Sembrong merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973.

Setelah itu, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Beliau kemudian, melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1984.

Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Undang-undang (LLM) Komersil & Korporat London Scholl of Economics, United Kingdom (UK) tahun 1988.

Sebelum beliau memulakan kerjaya politik, Hishammuddin merupakan seorang peguam di Firma guaman Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan menubuhkan sebuah firma sendiri dikenali Tetuan Lee Hishammuddin.

Beliau menyertai UMNO tahun 1989 dan dilantik Ketua Pemuda Bahagian Ledang pada tahun 1993 hingga 1995.

Pada peringkat tertinggi parti, beliau diberi kepercayaan menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO sejak 1998 hingga 2008 sebelum dilantik Naib Presiden UMNO pada 26 Mac 2009 hingga 12 Mei 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Hishammuddin Hussein daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 21,353 undian ketika menentang Onn Abu Bakar daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 14,691 undi. Majoriti undi sebanyak 6,662.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Luar Negeri (2020 hingga kini)
  • Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri (2017-2018)
  • Menteri Pertahanan (2013-2017)
  • Pemangku Menteri Pertahanan (2013-2014)
  • Menteri Dalam Negeri (2009-2013)
  • Menteri Pendidikan (2004-2009)
  • Menteri Belia dan Sukan (1999-2004)
  • Timbalan Menteri Perusahaan Utama (1997-1999)
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (1995-1997)
  • Pengarah Nanyang Press (M) Bhd (1991-1995)
  • Pengarah Ancom Bhd (1991-1995)
  • Pengarah Eksekutif, Ekovest Bhd (1991-1995)
  • Pengarah Zalik Bhd (1991-1992)
  • Peguam di Firma guaman Skrine & Co
  • Pengarah Daiwa Securities Co Ltd

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Presiden UMNO (2009-2018)
  • Pengerusi Perhubungan Terengganu Pengerusi BN Terengganu (2008-2011)
  • Ketua Pemuda UMNO (1999-2008)
  • Ketua Bahagian Sembrong (sejak 2003-kini)
  • Ketua Bahagian Tenggara (1998-2003)
  • Naib Ketua Pemuda (1996-1998)
  • Ketua Pemuda Bahagian Tenggara (1995-1997)
  • Ketua Pemuda Johor (1995-1996)
  • EXCO Pemuda (1993-1996)
  • Ketua Pemuda Bahagian Ledang (1993-1995)
Pendidikan:
  • Sarjana Undang-undang (LLM) Komersil & Korporat London Scholl of Economics, UK
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, University of Wales, UK
  • Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur 
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar 
  • SK St. John's Kuala Lumpur
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P153 Sembrong
  • PRU12- P153 Sembrong
  • PRU13- P153 Sembrong
  • PRU14- P153 Sembrong
  • PRU15- P153 Sembrong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan HISHAMMUDDIN HUSSEIN