ZALIHA MUSTAFA

Maklumat Diri
Asal
Johor
Tarikh lahir
8/6/1964
Pasangan
Dr Ahmad Azlan
Anak
4

Zaliha Mustafa adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P141 Sekijang pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,734 undi.

Dr Zaliha binti Mustafa dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Beliau juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik.

Anak kelahiran Johor ini telah dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana dan menetap di Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Kesihatan (2022)
  • Ahli Parlimen Sekijang (2022)
  • Doktor Siswazah di Hospital Sulatanah Aminah Johor Bahru (1989-1990)
  • Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Pekan, Pahang (1990)
  • Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Taiping selama lebih dua tahun (1991-1993)
  • bekerja di Klinik Swasta bersama Kumpulan Perubatan Penawar (1993)
  • Memiliki kliniknya sendiri yang terletak di Bandar Putra Kulai

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Wanita PKR Johor  (1990)
  • Naib Ketua Wanita PKR (2007)
  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR  (2018)
  • Pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan PKR (2020)
  • Setiausaha Politik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) 
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu (1981)
  • Matrikulasi MRSM Seremban (1982)
  • Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1983)
  • Ijazah Kedoktoran MD UKM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P162 Gelang Patah
  • PRU15- P141 Sekijang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada