NORAINI AHMAD

Maklumat Diri
Asal
Kampung Bintang, Peserai Parit Sulong
Tarikh lahir
7/11/1967
Pasangan
Mohamed Jauzi Abdul Razak
Anak
Marsya Mohd Jauzi, Amsyar Mohd Jauzi

Noraini Ahmad adalah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Parlimen P147 Parit Sulong pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,021 undi.

Datuk Dr Noraini Ahmad dilahirkan pada 7 November 1967 adalah Ahli Parlimen Parit Sulong.

Anak jati Parit Sulong itu merupakan penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong untuk tiga penggal berturut-turut iaitu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada Mac 2008, PRU-13 pada Mei 2013 dan PRU-14 pada Mei 2018.

Dalam pada itu, beliau juga dilantik Menteri Pengajian Tinggi dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Penglibatan selama kira-kira 35 tahun Noraini dalam arena politik negara menjadikan beliau wanita yang kental dan berani melontarkan pandangan dan buah fikiran.

Maka, tidak hairanlah apabila beliau yang sering memperjuangkan isu berkaitan wanita telah diberi mandat menerajui pergerakan Wanita UMNO sejak 24 Jun 2018.

Kariernya dalam bidang politik bermula pada 1985 sebagai ahli Wanita UMNO dan dilantik penolong setiausaha Pergerakan Puteri UMNO yang baru ditubuhkan ketika itu pada 2001.

Beliau menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Puteri UMNO pada 2002, Noraini juga menang tanpa ditandingi bagi jawatan Ketua Puteri pada 22 September 2004 menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang berusia 40 tahun pada Disember 2003 – had umur pergerakan Puteri UMNO.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pengajian Tinggi (2020-2022)
  • Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (2019-2020)
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia (2008-2009)
  • Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (2013-2018)
  • Pengurus Besar Padiberas Nasional Berhad (1998-2003)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ahli Parlimen Parit Sulong (Mac 2008 hingga kini)
  • Ketua Pergerakan Wanita UMNO (2018/2021 sejak 24 Jun 2018)
  • Ketua Pergerakan Puteri UMNO (2004/2007)
  • Timbalan Ketua Puteri (2002-2004)
Pendidikan:
  • Ijazah Kedoktoran Pengurusan Pembangunan Universiti Utara Malaysia 
  • Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Tun Abdul Razak 
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (analisis kuantitatif & kewangan) Universiti of Saskatcewan, Kanada
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P147 Parit Sulong
  • PRU13- P147 Parit Sulong
  • PRU14- P147 Parit Sulong
  • PRU15- P147 Parit Sulong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan NORAINI AHMAD

Video Berkaitan NORAINI AHMAD