RAZALI IBRAHIM

Datuk Seri Razali Ibrahim ahli politik berpengalaman ini dilahirkan pada 14 Oktober 1970. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Muar dari Barisan Nasional (UMNO) selepas tewas pada Pilihan Raya Umum kali ke 14.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru dan kemudian di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut, Perak Darul Ridzuan. 

Beliau kemudiannya meneruskan persekolahan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka. 

Selepas Peperiksaan SPM yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Ijazah (Sarjana muda Undang-Undang) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.

Bekas aktivis pelajar dan pernah dilantik memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) selama dua penggal iaitu dari 1991-1992 dan 1992-1993. Aktif Bermain Ragbi semasa zaman pelajar dan pernah menjadi Kapten Bangi Bandit dari tahun 1990-1993. Beliau sekarang aktif bermain badminton.

Dalam pada itu, penglibatan beliau dalam dunia politik bermula pada 1999 selepas menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Cawangan Seri Impian, Bahagian UMNO Muar. 

Setelah itu pada tahun 2004, beliau menjadi Pengerusi Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Muar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar dan Johor. 

Selepas Khairy Jamaluddin memegang Ketua Pemuda UMNO, beliau dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam
  • Ahli politik

Jawatan yang pernah disandang dalam kabinet:

  • Ahli Parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 
  • Ahli parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008
  • Ahli parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Jawatan yang pernah disandang dalam parti:

  • 2009 : Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 
  • 2013 : Ketua UMNO Bahagian Muar, Johor
  • 1999 : Bendahari Cawangan UMNO Seri Impian, Bahagian Muar, Johor 
  • 2009-2013: Timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia
  • 2004-2009: Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
  • 2004-2013: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar, Johor
  • 2004-2013: Pengerusi Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Muar, Johor
  • 2001-2004: Pengerusi Biro Sukan UMNO Bahagian Muar
  • 2000-2004: Bendahari Bahagian UMNO Muar
  • 1999-2004: Timbalan Pemuda Cawangan Seri Impian UMNO
  • 1995-1996: Ahli Biro Hal Ehwal Pelajar UMNO Pemuda Malaysia
  • 1994-1996: Ahli Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia
  • 1996-1999: Ahli Majlis Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia
  • 1996-1999: Ahli Biro Latihan UMNO Pemuda Malaysia
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru
  •  Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut, Perak Darul Ridzuan
  • Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka
  • Ijazah (Sarjana muda Undang-Undang) Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P146 Muar
  • PRU12- P146 Muar
  • PRU13- P146 Muar
  • PRU14- P146 Muar
  • PRU15- P143 Pagoh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan RAZALI IBRAHIM