ABDULLAH SANI ABDUL HAMID

Abdullah Sani merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding bagi kerusi Parlimen P109 Kapar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau merupakan penyandang kerusi parlimen berkenaan selepas memenanginya dalam PRU14 dengan mendapat 47,731 undian.

Dalam pertembungan empat penjuru itu, beliau menentang Abdul Rani Osman dari Pas yang mendapat 31,425 undi dan majoriti undian sebanyak 16,306.

Turut bertanding acalah calon Barisan Nasional (BN), Mohana Muniandy Raman dengan meraih 26,412 undi manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), S Manikavasagam memperoleh 525 undi.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kapar (2018-2022)
  • Ahli Parlimen Kuala Langat (2008-2018)
  • Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN
  • Mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P112 Kuala Langat
  • PRU13- P112 Kuala Langat
  • PRU15- P109 Kapar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada