WILLIAM LEONG JEE KEE

Maklumat Diri
Email
wileong97@gmail.com
Tarikh lahir
27/1/1957

 William Leong Jee Kee merupakan calon PH(PKR) bertanding bagi kerusi Parlimen P97(SELAYANG) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.  William Leong Jee Keen lulusan dari Universiti Nasional Singapura pada tahun 1981 mendapat kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LL.B (Hons).

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 23619 undi

Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1957 mengukir nama dengan mengendalikan pelbagai perkara litigasi korporat hingga berjaya, cemerlang dalam bidang perundangan.

Bukan itu sahaja, beliau pernah menyelesaikan berkaitan dengan tuntutan mahkamah atau perbicaraan yang melibatkan masalah alam sekitar dan pembangunan.

Pada tahun 1994, William memutuskan untuk menceburi sektor korporat bagi menimba pengalaman.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan eksekutif kanan termasuk Timbalan Pengarah Urusan syarikat tempatan,Ketua Pegawai Operasi dan Wakil Eksekutif Presiden National Steel Corporation Filipina, salah satu daripada dua puluh syarikat terbesar di negara Asia Tenggara.

William kemudian menubuhkan Tetuan William Leong & Co pada 1998.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tahun 2008, William membuat penampilan sulung berjaya memenangi kerusi Parlimen Selayang, Selangor.

Beliau mendapat undian 30,701 menentang Lee Li Yew dari Barisan Nasional (BN) yang mendapat 27,134 undi.

Sementara itu, pada PRU13, beliau sekali berjaya mengekalkan kedudukan dengan peningkatan jumlah undian 52,343.

William ketika itu menentang Lim Siang Chai daripada parti BN yang beroleh 34,385 undi dengan majoriti 17,958.

Pada PRU14, beliau terus meningkatkan momentumnya dengan berjaya memperoleh 60,158 undian ketika menentang Kang Meng Fuat daripada parti BN yang mendapat 19,501 undi. Majoriti undi sebanyak 40,657.

Beliau juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Biro Pusat.

William juga pernah dilantik Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) untuk Parlimen tahun 2008 dan 2013 dan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Selayang (2008 hingga kini)
  • Timbalan Pengarah Urusan syarikat tempatan
  • Ketua Pegawai Operasi dan Wakil Eksekutif Presiden National Steel Corporation Filipina
  • Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam.
  • Peguam
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Nasional Singapura
  • St. John's Institution, Kuala Lumpur
  • SMJK LaSalle, Klang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P97 Selayang
  • PRU13- P97 Selayang
  • PRU14- P97 Selayang
  • PRU15- P97 Selayang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan WILLIAM LEONG JEE KEE

Video Berkaitan WILLIAM LEONG JEE KEE