Ahli Parlimen Kuala Langat, Selangor A. Xavier Jayakumar daripada Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 43,239 undian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau menentang Shahril Sufian Hamdan daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 26,127 undi dan merekodkan majoriti undian sebanyak 17,112.
Turut bertanding parti Pas, Yahya Baba memperoleh 18,731 undi.
Jayakumar memegang selama dua penggal kerusi Parlimen Kuala Langat sejak tahun 2008 hingga kini.
ARTIKEL BERKAITAN:
PKR dakwa Xavier diugut kerajaan minoriti
Xavier umum letak jawatan Naib Presiden PKR, keluar parti
AMK Kuala Langat kecewa tapi bersyukur Dr Xavier keluar parti