MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
13/11/1976
Pasangan
Mohd. Helmy Abd. Talib
Anak
5 anak

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bertanding bagi kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Beliau adalah penyandang Ahli Parlimen Masjid Tanah yang dimenanginya sejak PRU13 dan mengekalkannya dalam PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang di UKM, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman tetuan Khairul Latif & Associates dan tetuan Adillah A. Nordin. 

Beliau menceburkan diri dalam politik secara serius sejak mula bergelar sebagai peguam sekitar 2001 semasa sayap UMNO yang ketiga iaitu Puteri dipersetujui oleh Presiden UMNO untuk diwujudkan di seluruh negara maka waktu inilah beliau ditawarkan menduduki jawatan kuasa penaja di bahagian Alor Gajah. 

Tahun 2003 beliau menjadi Ketua Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua Puteri Melaka (persempadanan baru tahun 2004 bertukar ke Bahagian Masjid Tanah) selama 10 tahun sehingga 2013 dan dalam tempoh yang sama beliau juga merupakan EXCO Puteri UMNO Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat Setiausaha Khas ketika itu Ketua Menteri Melaka Tun Mohd Ali Rustam yang kini menjawat jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Mas Ermieyati mewakili BN menang dengan mendapat 22,898 undian ketika menentang Nasir Othman daripada parti Gagasan Sejahtera (Pas) yang mendapat 14,739 undi. Majoriti undi sebanyak 8,159.

Beliau keluar dari UMNO pada 1 Julai 2018 untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri DUN N02 Tanjung Bidara atas tiket PN namun tewas kepada calon BN, Datuk Ab Rauf Yusoh dengan majoriti 364 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah (2013-kini)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) (2021)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2020-2021)
  • Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (2015-2018) 
  • Setiausaha Khas (Perhubungan) Ketua Menteri Melaka (2006-2013)
  • Ketua Pegawai Eksekutif  Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)(2010)
  • Peguambela dan Peguamcara Tetuan Adillah A. Nordin Melaka  (2002–2004)
  • Peguambela dan Peguamcara Tetuan Khairul Latiff & Associates Melaka (2001-2002

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Lembaga Pengarah Menara Taming Sari Berhad (2013)
  • Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (2012)
  • Lembaga Pengarah Yayasan Melaka (2005 & 2008)
  • Lembaga Pengarah MAIM Bentara Sdn Bhd (2003 – 2004 )

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Puteri UMNO Malaysia (2013 - 2018)
  • Ketua Puteri UMNO Melaka (2002 - 2013)
  • EXCO Puteri UMNO Malaysia (2 penggal)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MDF)(2016-kini)
  • Pengerusi Yayasan Rizqah (2015-kini)
  • Penaung Penyelam Muslimah - Rantai Manusia Bawah Laut Terpanjang (Underwater Bidong 2017)(2016 - Kini)
  • Gerakan Belia 4B Malaysia (Gerakan Belia 4B)(2009-2017)
  • Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia (2009-2017)
  • Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia (2009-2017)
  • Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Masjid Tanah (2009 -2016)
  • Ketua Gerakan Belia 4B Masjid Tanah (2009 -2016)
  • Pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Melaka (2006)
Pendidikan:
  • Sarjana pentabiran perniagaan Asia E University Malaysia (2019)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UKM (2000)
  • Matrikulasi dalam Undang-Undang UKM (1996)
  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar,
  • Methodist Girls School Tengkera, Melaka
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P134 Masjid Tanah
  • PRU14- P134 Masjid Tanah
  • PRU15- P134 Masjid Tanah

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Melaka- P134 Masjid Tanah N2 Tanjong Bidara