KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR

Maklumat Diri
Asal
Bandar Kuwait, Kuwait
Tarikh lahir
10/1/1976
Pasangan
Nori Tun Abdullah
Anak
1. Jibriel Ali 2. Timor Abdullah 3. Ali Ridzuan Khairy (anak angkat) 4. Raif Averroes

.KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR merupakan calon UMNO yang bertanding bagi kerusi Parlimen P107(Sungai Buloh) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Dari Mei 2013 hingga Mei 2018, beliau pernah dilantik Menteri Belia dan Sukan Malaysia. 

Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berkhidmat dari tahun 2008 hingga 2018 dan merupakan menantu kepada mantan Perdana Menteri Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berkisahkan dunia politik, beliau merupakan pemimpin muda yang muncul dalam arena politik ketika negara mengalami kemelut politik dan ekonomi pada tahun 1999. 

Ketika kebanyakan pemimpin muda, termasuklah pelajar di universiti tidak menyokong kerajaan, Khairy memilih untuk berhadapan dengan mereka bagi menerangkan situasi politik negara yang sebenar. Semua ini kerana keyakinan beliau dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Berkelulusan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi dari Universiti Oxford di England berazam untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Sekembali beliau ke Malaysia, Khairy memulakan langkah untuk berkidmat kepada masyarakat dengan menglibatkan diri secara aktif di dalam UMNO menerusi Pergerakan Pemuda.

Keputusan Khairy untuk mencuburi dalam bidang politik tidak menghairankan. Khairy adalah cucu kepada Penghulu Abu Bakar, salah seorang pemimpin terkenal di Kampung Gadong dan Kota di Rembau.

Bapa Khairy, Allahyarham Datuk Seri Jamaluddin Abu Bakar, adalah antara putera Melayu yang terpilih sebelum Merdeka untuk belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sebuah institusi yang menghasilkan ramai pemimpin dan cendiakawan Melayu negara. 

Allahyarham seterusnya menjadi seorang pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri, dan mengakhiri kerjayanya sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom serta Kedutaan Besar Malaysia di Bandar Kuwait, Kuwait.

Khairy merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan Jamaluddin dan Datin Seri Dato' Rahmah dilahirkan pada 10 Januari 1976.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan empat cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Raif Averroes dan Timor Abdullah serta  Ali Ridzuan Khairy (anak angkat).

Dalam pada itu, minat beliau dalam pembangunan bola sepak mendorong beliau bersama-sama Jason Lo, Bojan Hodak dan Shebby Singh menubuhkan MyTeam di mana beliau menjadi pengerusinya. 

Beliau juga adalah Bendahari Kehormat Perak FA untuk musim 2006 -2008 dan pada Oktober 2007, dipilih menjadi Naib Presiden FAM.

Kemudian pada 22 Mei 2010, Khairy muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di Rasah, Negeri Sembilan. 

Beliau menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mac 2020 - kini)
  • Ahli Parlimen Rembau (2008 - kini)
  • Menteri Belia dan Sukan (2013 - 2018)
  • Timbalan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2004)
  • Penolong Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (1999-2003)
  • Timbalan Presiden II, Persatuan Bola Sepak Malaysia (2007-2010)
  • Pengerusi Liga Super Malaysia (2007)
  • Pengarah Penasihat Korporat ECM Libra Bhd (2004-2006)
  • Pengerusi MyTeam (2004 - 2005)
  • Penulis The Economist (1999)
  • Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia di NTV7(1998 - 1999)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Ketua Bahagian Rembau (2013-kini)
  • Ketua Pemuda UMNO Malaysia (2009-2018)
  • Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2008)
  • Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia (2004-2008)  
  • Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2001 - 2004)
  • EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2001 - 2004)
Pendidikan:
  • Sarjana Undang-Undang dan Teori Politik, University College of London 
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE) Universiti Oxford, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P131 Rembau
  • PRU13- P131 Rembau
  • PRU14- P131 Rembau
  • PRU15- P107 Sungai Buloh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR

Video Berkaitan KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR